“Alia,kamu ni dah masuk 26 tahun tapi bakal suami
pun tak ada lagi.Mak suruh kamu nikah dengan Adam kamu tak nak.”bebal Puan
Aisyah kepada anak bongsunya itu.
“Mak,Alia baru nak masuk 26 tahun tu pun lambat
lagi.Ada lagi lima bulan baru Alia nak genap 26 tahun.Alia ni bukannya terpaksa
sangat nak nikah sampai dengan abang Adam tu pun nak dijadikan suami.Lagipun
Alia dah anggap dia macam abang Alia sendiri.”
“Kalau mak cakap tu ada la nak dibalasnya.Adam tu
abang ipar kamu bukannya abang kandung kamu. Kamu tak kesian dekat anak saudara
kamu tu kecil-kecil lagi dah kehilangan mak. Amar tu perlukan kasih sayang
seorang mak untuk membesar dengan sempurna. Lagipun Amar tu dah anggap kamu ni
macam mak kandung dia sendiri.”
Amar anak kakak aku,Atilia dengan abang Adam. Kak
Atilia meninggal ketika melahirkan Amar kerana mengalami pendarahan yang
teruk.Sejak dari itu,Amar dibesarkan oleh abang Adam.Sudah lima tahun kakak aku
meninggal tapi abang Adam tak pernah mencari pengganti kak Atilia.
“Orang cakap dengan dia boleh dia berangan. Alia dah
sampai langit ke kamu berangan tu.”t egur Puan Aisyah kepada Alia apabila
melihat anaknya itu tak memberi sebarang reaksi pun.
“Mak,Alia memang kesian dengan Amar tapi takkan la
sampai kena nikah dengan papanya tu. Mak tak kesian dekat Alia ke ?Alia tak
sayang pun dengan abang Adam tu dengan anak dia Alia sayang la.”
“Sayang,cinta boleh kamu pupuk lepas kamu nikah
nanti.Mak dengan ayah dulu pun bercinta lepas nikah tapi bahagia saja.Kamu
sendiri yang kata bercinta lepas nikah tu lagi sweet.”
“Memang la sweet tapi kalau nikah dengan abang ipar
sendiri apa yang sweetnya.Pahit lagi ada la.”omel Alia dalam hatinya.
“Mak ni merancang macam abang Adam tu dah hantar
rombongan meminang saja.Mak ni pandai-pandai saja jodoh Alia dengan abang Adam
tu,tengok-tengok dia dah ada pilihan hati.”
“Mak tak akan cakap kalau....”kata-kata Puan Aisyah
terhenti apabila cucu kesayangannya Amar datang ke rumah mereka.
“Oh Amar my superhero.Ni mak su sayang Amar ni.”
“Amar bukannya pakai baju superhero yang mak su nak
kata Amar ni superhero.Mak su ,pak ngah suruh mak su buat air untuk dia dengan
papa.Pak ngah pesan suruh mak su letak ketul ais banyak-banyak baru sejuk. Pak
ngah pesan lagi suruh hantar dengan kadar segera.”
“Tak guna punya abang. Bagi arahan macam aku ni
orang gaji dia pulak.”
...............................................................................................
Amboi seronok dia orang sembang Amar tu gelak sampai
satu taman boleh dengar.Ingatkan nak tolong aku buat air tapi boleh dia lesap
macam tu saja lepas sampaikan arahan abang kesayangan aku tu.Tapi boleh ke Amar
tu buat air?
“Nah air.Alia letak ketul ais dekat setengah
bekas.Cukup dak?Kalau tak cukup,Alia nak beli lori ais terus.”luah aku kepada
abang.
“Amboi,garangnya adik abang yang seorang ni.Patut la
umur 26 pun tak ada buah hati lagi.Hahaha.”
Adam yang mendengarnya pun turut tergelak tapi
ditahannya kerana takut Alia semakin marah.
“Hello!!Abang ni cakap depan cermin ke?Abang tu lagi tua daripada Alia.Dah nak masuk kategori bujang terlajak dah.”
“Hello!!Abang ni cakap depan cermin ke?Abang tu lagi tua daripada Alia.Dah nak masuk kategori bujang terlajak dah.”
“Laki ni lagi tua lagi naik saham dia.Betul dak
abang Adam?”
“Abang tak nak masuk campur.”kata Adam sambil
mengangkat kedua-dua tangannya.
Cis tak nak masuk campur konon. Kenapa la dia ni
datang selepas mak aku cakap nak suruh aku nikah dengan dia.Meluat aku tengok
muka dia.
“Amar jom kita main PSP sebelum gunung berapi ni
meletup lagi teruk.Hahaha.”
“Pak ngah ni merepek apa.Mana ada gunung berapi
dekat sini.”
“Tak pa la jom ikut pak ngah masuk.”
“Ok.”
“Ok.”
Abang Aidil sempat mengucap good luck kepada abang
Adam sambil menepuk bahunya.Aku yang tengok ni pun tak faham.
.................................................................................................................
“Alia,abang nak cakap dengan Alia sedikit.”
“Abang Adam nak cakap pasal apa?”
“Alia duduk la dulu.Bukannya rumah ni nak runtuh pun.”
Aku yang mendengarnya terus duduk.Aku berasa
gementar saat ini kerana abang Adam jarang cakap dengan aku.Dah la berdua-duaan
macam ni pula.
“Alia dah duduk.A bang Adam nak cakap apa? Pasal
Amar ke?”
“Pasal kita berdua dan Amar .Abang dah hantar
rombongan meminang untuk meminang Alia jadi isteri abang. Amar semakin besar
dan dia perlu kasih sayang dari seorang ibu. Abang rasa Alia seorang saja yang
sesuai untuk jadi ibu kepada Amar.Amar tak rapat dengan perempuan lain kecuali
mak , mama dengan Alia.”
“Abang Adam sedar tak apa yang abang Adam cakap
ni.Abang Adam nak nikah dengan Alia kerana Amar. Abang Adam tak fikir ke pasal
hati abang? Kalau abang nak nikah dengan Alia kerana Amar baik abang Adam
lupakan niat abang Adam tu. Kita kahwin bukan untuk sehari dua tapi untuk
selamanya.Alia percaya suatu hari nanti abang Adam akan jumpa seseorang yang
sesuai untuk jadi isteri abang dan ibu kepada Amar.Alia minta maaf.”luah aku
dengan penuh kesal.Dia nak kahwin dengan aku kerana Amar.
“Yang mana Amar suka yang tu la yang abang akan
suka.Abang bagi Alia masa untuk fikir.Mungkin perkara ni mengejutkan Alia.Lepas
abang balik dari Paris, Alia bagi la jawapan Alia.Abang akan terima jawapan
Alia dengan hati terbuka pada waktu tu.”
.......................................................................................................................
Aku terus lari masuk ke bilik.Patut la mak suruh aku
kahwin dengan Abang Adam. Sanggup keluarga aku buat aku macam ni.Mereka lebih
pentingkan abang Adam dari aku.
“Alia,buka pintu ni.Ni abang. Alia jangan la buat
macam ni. Buka pintu ni. Dah tiga jam Alia duduk dalam bilik tu.”
Dah tiga jam.Aku tak sedar langsung kerana sibuk
melayan perasaan aku.Aku terus buka pintu dan memeluk abang Aidil . Abang Aidil
walaupun selalu cari pasal dengan aku tapi dia
orang yang selalu disamping aku ketika aku sedih.
“Alia jangan la menangis macam ni.”
“Alia tak nak nikah dengan abang Adam. Alia dah anggap abang Adam macam abang kandung. Alia tak cintakan dia.”
“Alia tak nak nikah dengan abang Adam. Alia dah anggap abang Adam macam abang kandung. Alia tak cintakan dia.”
“Alia,cinta tu kan boleh dipupuk lepas kahwin
nanti.Abang yakin abang Adam boleh bahagiakan Alia. Lagipun kita semua dah tahu
perangai dia macam mana. Alia tak sayang dekat Amar ke?”
“Sayang.”jawab aku sepatah dengan tersedu-sedu.
“Alia tak kesian ke dekat Amar?Alia sanggup ke Amar
jadi mangsa dera?Kalau nak diikutkan Abang Adam tu kalau dia nak kahwin
bila-bila masa pun boleh.Ramai perempuan nak jadi isteri pilot yang handsome
macam abang Adam tu.Tapi bukan semua yang mampu nak jadi ibu yang baik untuk
Amar.Amar tu hanya rapat dengan Alia saja. Dari kecil lagi Alia la tempat dia
tumpang kasih sayang seorang ibu.”
“Alia takut Alia tak mampu jadi seorang isteri yang
baik untuk abang Adam. Alia takut Alia jadi isteri derhaka nanti.Alia takut
nanti abang Adam tinggalkan Alia bila dia jumpa perempuan yang dia cinta. Nanti
tak pasal-pasal Alia jadi janda.Alia tak nak abang jadi janda muda.”
“Alia boleh jadi isteri dan ibu yang baik .Alia
percaya la cakap abang ni. Abang kenal Alia sejak dari kecil lagi.Abang juga
percaya yang abang Adam tu tak akan cerai Alia. Kalau dia buat macam tu dekat
adik abang.Abang tahu la nak ajar dia macam mana.Tak ada maknanya Alia nak jadi
janda muda.Alia bukannya muda lagi.Dah tua dah pun.Hahaha.”
“Abang ni.Orang tengah sedih boleh dia buat lawak
pulak.”
“Abang melawak saja la. Bagi hati adik abang ni
ceria cikit.Keputusan semua dekat tangan Alia.Kalau Alia tak yakin , Alia buat
sembahyang istikarah. Minta petunjuk dekat Allah.
....................................................................................................
“I love you,not for what you are,but for what I am
when I am with you.”mesej itu dibaca berulang kali oleh Alia.
“Manusia mana hantar mesej dekat aku ni.Nak kata
salah nombor bukan sekali aku dapat
mesej macam ni.Dah dekat sebulan jugak la aku dapat mesej dari nombor ni.Aku
dah jadi isteri orang baru aku nak dapat mesej. Kalau la aku dapat mesej ni
dari dulu lagi tak payah la aku nikah dengan abang ipar aku tu. Astaghfirullahhal’azim.Apa yang aku merepek ni.Aku kena redha
yang abang Adam dah jadi suami aku.” omel Alia sambil
matanya masih merenung mesej tersebut.
“Ibu, jom la kita pergi rumah nenek. Papa dah tunggu
dekat kereta.”
“Papa dah siap ke? Bukan tadi ada dalam bilik ke
macam mana boleh ada dekat bawah dah?”
“Papa dah siap lama dah.Ibu tu yang sibuk sangat main
game dekat phone tu.”
Sudah hampir dua bulan aku menjadi isteri abang
Adam.Hubungan kami masih dingin. Mungkin salah aku sebab tu la hubungan kami
masih dingin.Kalau abang Adam nak rapatkan hubungan kami,aku cepat-cepat akan
mengelak. Memang la perkara tu dosa tapi aku masih rasa janggal dengan dia.
“Ibu duduk depan dengan papa biar Amar duduk
belakang.”
“Ish budak ni la.Aku ni dah la segan dengan papa dia
ni.”omel Alia dalam hatinya.
“Amar duduk la depan. Biar ibu duduk belakang. Amar
teman la papa. Amar suka duduk depan kan ?”rengek aku kepada Amar.
“No!! Ibu duduk depan teman papa baru sweet macam
candy crush.”kata Amar sambil tersengih.
“Ni sah abang Aidil yang ajar budak ni.Mana la Amar
tau benda sweet macam ni.Budak ni baru nak kenal dunia dah diajarnya benda
bukan-bukan.Rosak minda anak aku. Tak guna punya abang!!”bentak Alia dalam
hatinya.
“Papa nak siapa teman papa dekat depan? Ibu atau
Amar?” tanya Amar kepada papanya.
“Ya Allah bagi la abang Adam jawab Amar bukannya
aku.”doa Alia dalam hatinya dengan penuh mengharap.
Alia sudah membuka pintu kereta bahagian belakang
tapi niatnya terbantut apabila mendengar suara Adam.
“Papa nak ibu teman la. Amar selalu teman papa dah. Biar
kali ni ibu pulak yang teman papa.” kata Adam sambil mengenyitkan matanya
kepada Alia.
“Yeay!! Amar boleh duduk belakang.”
“.Aku korek mata tu baru tau. Baru tak boleh bawa
kapal terbang .”luah Alia dalam hatinya.
“Pengantin baru dah sampai la. Muka Alia semakin
berseri la sejak nikah ni. Pandai abang Adam jaga.” usik Aidil kepada Alia.
“Abang tak nak bawa Alia ni pergi honeymoon ke? Dah
dekat dua bulan kahwin pergi honeymoon pun dak lagi.Abang kerja pilot lagi
senang la nak bawa Alia pergi honeymoon.
Abang bawa kapal terbang biar Alia jadi penumpangnya. Baru sweet macam candy
crush bak kata Amar. Amar ni tinggal saja dekat sini. Kalau pergi honeymoon
cepat sikit Amar ni dapat adik baru. Hahaha.”
“Abang bukan tak nak bawa tapi Alia ni yang tak
nak.”kata Adam sambil matanya menjeling ke arah Alia yang duduk disebelahnya.
Dia jeling pulak dah.Mata dia ni memang nak kena
korek dengan aku la.Memang la dia ada ajak aku pergi honeymoon tapi aku yang
tak nak.Macam-macam alasan aku bagi dekat dia.
“Kalau dia tak nak abang angkat dia saja.Lepas tu letak
dalam kargo.Biar padan muka dia.”
“Abang ingat Alia ni apa? Barang ke nak letak dalam
kargo? Alia letak abang dalam kargo tu baru tau.”
“Alia perangai kamu ni tak matang lagi ke?Dah jadi
isteri orang tapi perangai sama macam perangai Amar ni. Kerja nak bergaduh saja
dengan abang kamu tu .” bebel Puan Umairah.
“Ala mak. Bukannya selalu Alia bergaduh dengan
abang. Biar la Alia bergaduh dengan abang.Dekat rumah bukannya Alia ada nak
bergaduh dengan siapa-siapa pun.Takkan la Alia nak bergaduh dengan Amar pulak.”
“Kenapa kamu tak gaduh dengan Adam pulak? Dia pun hampir
sebaya dengan Aidil. Hanya beza tiga tahun saja dari Aidil”bebel Puan Umairah.
“Mana boleh mak.”
“Sebab apa pulak?”
“Dosa.”
“Bergaduh dengan abang dosa.Tolak keinginan abang
tak dosa pulak ke?”bisik Adam ke telinga Alia.
Alia yang mendengar soalan Adam terus meremang bulu
roma.
“Mak,Alia nak ke dapur.Alia nak buat air.”
“Biar abang tolong alia.”kata Adam.
“Aku ni nak lari dari dia.Boleh pulak dia nak tolong
aku.” bebel Alia dalam hatinya.
“Amboi,sweetnya suami isteri ni.Kalau macam tu Aidil
pun nak nikah la.Mak cari la calon dekat Aidil.”kata Aidil sambil senyum penuh
makna.
.............................................................................................
Alia yang sedang mengacau air terus terkaku apabila
ada tangan yang memeluk pinggangnya. Siapa lagi kalau bukan suaminya.
“Sayang tak jawab lagi soalan abang.Tolak keinginan
suami tu tak dosa ke?”
“Abang lepas la.Nanti mak atau abang tengok macam
mana? Alia nak buat air pun susah kalau macam ni.”
“Kalau macam tu dekat rumah boleh la.Tak ada mak
dengan abang.Lebih dari ni pun abang boleh buat la?” kata Adam sambil
mengeratkan lagi pelukkannya.
Alia rasa macam nak pengsan lepas dengar Adam cakap
macam tu.
“Malam ni aku nak tidur dekat rumah mak la.Aku tak
nak balik rumah.Selamat sikit aku kalau dekat sini.”kata Alia dalam hatinya.
“Kalau dekat sini pun boleh rasanya. Kita tidur
dalam bilik kita bukan ada siapa pun nak kacau.” Adam semakin menyakat
isterinya itu bila dia sedar tangan isterinya itu semakin sejuk.
“Mak tolong Alia!!! Menantu kesayangan mak ni
semakin gatal ni.Alia takut mak!”jerit Alia dalam hati.
“Abang lepas la. Alia nak hidang air ni.Nanti mak
kata apa pulak dekat kita. Lama sangat buat air dekat dapur.”
“Abang boleh lepas tapi dengan satu syarat.Alia kena
cium pipi abang dulu. Baru abang lepas Alia. Kalau Alia tak cium pipi abang
biar kita macam ni sampai malam.Abang suka boleh peluk Alia lama-lama. Bukan
selalu boleh peluk Alia macam ni.”
“Ibu , pak ngah suruh tanya.Mummy ni buat air atau
buat gelas? Lama sangat buat air.”
“Ibu nak hidang air la ni.Jom Amar kita pergi depan
biar papa duduk dekat dapur seorang diri.”
+ Love is like
the wind,you can’t see it but you can feel it.
Siapa la yang rajin sangat hantar mesej ayat-ayat
cinta dekat aku ni.Aku dah tukar nomber phone pun hantar mesej lagi ka.Macam
mana orang ni boleh ada nomber phone yang baru ni.Dia ni stalker aku ka apa?Bahaya
betul la orang macam ni.
“Sayang duduk buat apa tu?Mesej dengan buah hati
ke?”
“Abang agak-agak Alia nak ke kahwin dengan abang
kalau Alia dah ada buah hati?Dah tentu tak kan.”
“Kira kalau Alia dah ada boyfriend,Alia tak akan
kahwin dengan abang la.Kira Alia kahwin dengan abang sebab Alia terpaksa macam
tu?”
“Nope.Alia tak rasa terpaksa.Alia kahwin dengan
rela.Bukannya mak kena tarik Alia keluar dari bilik pun hari kita nikah tu.So
istilah terpaksa tu tak ada dalam perkahwinan kita.”
“Kalau tak dak istilah terpaksa dalam perkahwinan
kita,kenapa sampai sekarang Alia still tak boleh terima abang? Dah dekat lima
bulan kita nikah bukannya lima hari.Lagipun,Alia dah kenal abang dah lama.Dah
dekat lima tahun.”
“Alia nak naik atas.Alia ada kerja nak buat sikit.”
“No!!Sampai bila Alia nak larikan diri?Kalau macam
ni perkahwinan kita ni tak akan ke mana-mana. Alia nak ke kita kahwin hanya
atas kertas? Kahwin tapi buat hal masing-masing. Abang kahwin dengan Alia bukan
hanya untuk jadikan Alia ibu kepada Amar tapi untuk jadi isteri kepada abang
juga.Kalau setakat nak jadi ibu kepada Amar abang boleh cari wanita lain Alia
tapi ini pasal soal hati dan perasaan.”
“Abang,Alia tak tahu nak kata macam mana.Alia pun
tak nak kita kahwin hanya atas kertas tapi ini soal hati. Hati Alia ni tak
boleh terima abang lebih dari seorang abang.Alia sayang abang macam mana Alia
sayang Abang Aidil.Sayang seorang adik kepada seorang abang.Kalau abang rasa
terbeban,Alia izinkan abang kahwin lagi satu tapi jangan cerai Alia.Alia tak
sanggup pisah dengan Amar.”
“Alia memang tak faham abang kan?Abang tak harap
Alia cinta abang tapi abang harap Alia boleh terima dan faham abang.Alia rasa
dengan izinkan abang kahwin lagi satu tu masalah kita akan selesai ke? Masalah
kita tak akan selesai Alia kalau Alia terus bersikap macam ni.”luah Adam dengan
penuh sesalan.
Adam terus ambil kunci kereta dan keluar dari
rumah.Dia takut pertengkaran antara dia dengan Alia akan semakin teruk.
.
Sebulan selepas itu.
“Abang kenapa? Bergaduh dengan Alia ke? Aidil tengok
muka abang dengan Alia macam ayam berak kapur saja. Ada apa-apa Aidil boleh
bantu ke?”
“Alia masih tak boleh terima abang sebagai suami dia
lagi.Dia still anggap abang ni abang ipar dia. Abang dah tak tahu nak buat apa
lagi.”
“Teruk juga tu. Alia tahu tak yang abang ni dah
jatuh cinta dekat dia?”
Adam hanya sekadar menggelengkan kepalanya sahaja.
“Abang kena luah dekat dia.Alia tu lembab sikit
kalau bab-bab perasaan ni. Dia tu kalau sekadar bagi hint saja mana la dia
faham. Kalau abang luah perasaan abang dekat dia,insyaallah dia akan faham
kot.Kalau tak faham juga,abang bagi tahu dekat Aidil. Biar Aidil ni brainwash
dia sikit.”
“Kalau dia reject abang macam mana.”
“Abang nak takut apa.Alia tu dah jadi isteri
abang.Kalau dia reject pun,abang still suami dia yang sah.Kalau dia
reject,abang buat la sampai dia terima abang.Takkan la pilot yang kacak macam
abang ni pun Alia tu nak reject.Kalau dia reject memang dia tu buta la.Suami
punya la handsome,baik pun dia boleh tolak.”
“Abang dah buat macam-macam.Abang bagi bunga,teddy
bear,coklat,hantar mesej jiwang-jiwang tapi dia buat bodoh saja.Abang ni
tinggal tak bagi Menara Eiffel tu saja nak bagi dekat dia.”
“Hantar ayat jiwang?Tak akan la selama ni ayat-ayat
jiwang yang Alia dapat tu abang yang hantar??”
“Yup,abang yang hantar tapi still macam tu juga.”
“Abang hantar mesej tu bukan pakai nomber abang mana
la dia nak terpikat.Nanti kalau dia terpikat dengan tukang yang hantar mesej
tu,nanti kata dia curang pula.Kalau dia tahu tu abang,sah dia dah terima abang
lama dah.Aidil nasihat abang luah perasaan abang tu dekat dia sebelum keadaan
jadi lagi buruk.Malam ni biar Amar tidur sini,abang dengan Alia saja yang
balik.”
“Tapi kalau Amar tak nak macam mana?”
“Dia nak punya la.Ni pak ngah dia la.Sah dia nak
punya.”
“Thank you Aidil.Kalau Aidil tak ada tak tahu la
abang nak buat macam mana.Abang harap semua akan berjaya.”
............................................................................
“Alia,abang nak cakap sikit dengan Alia.Abang nak
Alia dengan dulu apa yang abang nak cakap.”
Abang Adam ni nak minta kahwin lagi satu ke?Padan
muka kau Alia!!Mulut tu cakap main lepas saja.Sekarang kau yang sengsara kalau
Abang Adam kau ni nikah lagi satu.
“Abang kahwin dengan Alia bukan sebab Amar saja tapi
sebab sini sama.”kata Adam sambil membawa tangan Alia ke dadanya.
“Abang cintakan Alia sejak sebelum kita kahwin
lagi.Abang jatuh cinta dengan Alia sejak dua tahun yang lalu.Abang tertarik
dengan sifat keibuaan,senyuman dan segalanya tentang Alia.Abang ingat selepas
Kak Atilia meninggal tiada siapa lagi yang mampu membuka hati abang tapi
rupanya abang salah.Alia telah membuat abang jatuh cinta buat kali kedua.”
Alia hanya mampu terdiam kerana dia terkelu dengan
apa yang diluah oleh Adam.
“Abang tak harap Alia pun ada perasaan yang sama
dengan abang tapi abang harap Alia boleh belajar untuk terima abang sebagai
seorang suami.”luah Adam sambil memandang ke dalam mata Alia.
“Alia nak minta maaf kalau selama ni Alia banyak
kecilkan hati abang dengan sikap Alia . Alia dah lama terima abang sebagai
suami tapi kadang-kadang Alia keliru dengan perasaan Alia sendiri.Alia rasa
macam Alia khianat arwah Kak Atilia tapi sekarang Alia dah sedar.Alia memang
dah sayang abang bukan sebagai seorang abang tapi sebagai seorang suami.Alia
pun dah jatuh cinta dengan abang tapi Alia malu nak luah dekat abang.”
Adam yang mendengar pengakuan Alia hanya mampu
mengucapkan rasa penuh syukur dalam hatinya.
“Abang pun cinta Alia sangat-sangat.Kita buka buku
baru.Kita mula semula tapi sebelum tu abang nak buat pengakuan.Selama ni abang
yang hantar mesej dekat Alia untuk pikat Alia tapi salah abang sebab abang
pakai nomber lain.”
“Alia dah tahu dah.Alia jumpa handphone abang yang
abang guna untuk hantar mesej dekat Alia tu.Sejak dari tu Alia semakin sayang
dekat abang dan Alia semakin yakin dengan perasaan Alia dekat abang.”
Adam memeluk Alia sambil mencium dah Alia.Adam
berasa sangat gembira kerana akhirnya Alia dapat menerimanya sebagai seorang
suami bukan sebagai seorang abang lagi.
----TAMAT----